SEJARAH
KSSR TAHUN 4 
UNIT 7: KERAJAAN MELAYU AWAL 

 

KERAJAAN MELAYU AWAL

Kerajaan-kerajaan Melayu Awal yang terletak di pesisiran pantai ini dikenali sebagai kerajaan maritim. Kerajaan-kerajaan Melayu Awal ini juga wujud pada masa yang berbeza. Kerajaan-kerajaan awal ini merupakan pusat perdagangan yang maju pada zamannya. 

KERAJAAN MELAYU AWAL

Kerajaan Melayu Awal mempunyai keistimewaan seperti: 
i. Terlindung daripada tiupan angin monsun.
ii. Laluan penting pedagang.
iii. Pusat perkembangan agama.

KERAJAAN
KEDAH TUA

-Wujud pada abad ke-5 Masihi
-Terletak di Lembah Bujang
-Gunung Jerai adalah panduan utama pedagang.
-Pengeluar padi utama.

KERAJAAN
BERUAS

-Wujud sekitar abad ke-15 Masihi selepas kemerosotan Gangga Negara
-Terletak di Sungai Dinding
-Mendapat nama daripada pokok Beruas
-Kawasan penanaman padi

KERAJAAN
GANGGA NEGARA

-Wujud sekitar abad ke-11 Masihi
-Terletak berhampiran Sungai Dinding
-Kawasan penanaman padi

KERAJAAN
CHIH-TU

-Wujud pada abad ke-6 Masihi
-Diasaskan oleh Raja Gautama
-Terletak berhampiran Sungai Kelantan
-Chih-Tu bermaksud Tanah Merah
-Mempunyai hubungan dengan negara China

 

KERAJAAN
TEMASIK

-Wujud pada abad ke-14 Masihi
-Diasaskan oleh Sang Nila Utama
-Terletak di muara Sungai Singapura
-Terkenal sebagai pelabuhan dan kawasan kegiatan perikanan 

KERAJAAN SANTUBONG

-Wujud sekitar abad ke-7 Masihi
-Terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih besi
-Tempat peleburan bijih besi
-Berkembang menjadi pelabuhan

 

DISEDIAKAN OLEH:

Teo Ke Xin
PISMP SEJARAH SEMESTER 8
IPGKDRI 


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL, KUALA NERUS, TERENGGANU.

SEJARAH ITU PENTING

"Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah, pasti akan mengulanginya"

=George Santayana= 

© Copyright TEOKEXIN